DIPLOMA PENGAJIAN PERNIAGAAN (MQA/PA 11156) PROGRAM UITM
DIPLOMA PENGAJIAN PERNIAGAAN (MQA/PA 11156) PROGRAM UITM
Ini adalah program sepenuh masa yang dikendalikan di kampus EWIC bertempat di REED-QEW Campus @ Atmosphere.

Matlamat utama kursus ini adalah bagi melahirkan pelajar yang bertaraf profesional dalam bidang Pengajian Perniagaan. Sepanjang dua tahun enam bulan tempoh pengajian yang ditawarkan, pelajar akan didedahkan dengan Pengajian Perniagaan secara menyeluruh, terkini dan secara praktikal.Para pelajar akan memperolehi pengetahuan yang luas dalam pelbagai bidang penting yang berkaitan dengan Pengajian Perniagaan seperti keusahawanan, prinsip perniagaan, prinsip pemasaran, pengurusan kewangan, gelagat organisasi dan sebagainya. Tujuan utama pelaksanaan program ini adalah untuk memenuhi impian dan cita-cita anak bangsa yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi serta melatih mereka dalam bidang Pengajian Perniagaan yang mampu menjana serta menjamin pendapatan.
Pelajar yang tamat program ini boleh memohon untuk mengikuti mana-mana program Sarjana Muda di mana-mana fakulti dengan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Universiti.
- Syarat syarat Kelayakan
- Lulus SPM dengan TIGA kepujian termasuk Bahasa Melayu atau kelayakan lain yang setaraf dengannya yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia
- Biasiswa Penuh
- Biasiswa penuh yuran pengajian oleh Yayasan Murad dan Edu Assist Foundation Malaysia
- Syarat memohon biasiswa – Golongan B40
Course Details
Study Method:
Full time
Duration:
2 1/2 Years/ 30 Months (5 Semaster)
Intakes:
January, April & August